Kepada Blogger IT, Teknologi atau Berkaitan Dunia Teknologi, Mari Bertukar Link Dengan Blog ini



Translate

Sunday, October 21, 2012

Google perkenal komputer riba berharga murah

Sundar Pichai memperkenalkan komputer riba yang menggunakan perisian berasaskan Chrome dan tidak mempunyai cakera keras.- AGENSI
 
NEW YORK 21 Okt. - Syarikat perisian Internet popular, Google memperkenalkan komputer riba pada harga murah bagi menarik pengguna komputer tablet keluaran pesaingnya, Apple Inc. dan Microsoft.

Komputer riba yang dihasilkan dengan kerjasama Samsung itu akan dijual pada harga AS$249 (RM771.90) seunit.

Produk Google itu juga akan menggunakan perisian berasaskan Chrome.
Seperti produk komputer bimbit Google lain yang dipanggil Chromebook, komputer berkenaan tidak akan mempunyai cakera keras, sebaliknya data-data dan maklumat akan disimpan dalam pelayan internet Google.

Komputer bimbit terbaharu Google itu akan dipasarkan di Amerika Syarikat (AS) dan Britain pada minggu depan.

Naib Presiden Kanan Chrome dan Aplikasi, Google, Sundar Pichai berkata, pengenalan komputer bimbit itu membuka lembaran baru bagi syarikat itu. - AGENSI
Read more >>

Permainan video bawa maut



IBU BAPA perlu mengawasi jenis permainan video yang dimainkan oleh anak-anak. - Gambar hiasan



REMAJA yang bermain permainan video berunsur ganas untuk tempoh beberapa tahun didapati cenderung berkelakuan kejam terhadap orang lain, menurut satu kajian terbaharu oleh sepasukan penyelidik dari Universiti Brock di Kanada.
Penyelidik berkata, kajian itu adalah yang pertama menunjukkan kaitan jelas antara tempoh pendedahan kepada permainan video berunsur ganas secara berterusan dengan peningkatan kelakuan ganas.
Kanak-kanak perempuan yang bermain permainan komputer seperti itu semasa zaman persekolahan mereka juga didapati cenderung berkelakuan seperti kanak-kanak lelaki.
Keputusan kajian itu agak membimbangkan. Pada masa yang sama, ia mengukuhkan lagi tanggapan bahawa permainan ganas dipercayai mewujudkan perbuatan ganas yang bertujuan menangani konflik dan kemarahan.
Bukti menunjukkan bahawa mereka yang telah lama bermain permainan video itu cenderung untuk bertindak balas secara fizikal terhadap provokasi yang tidak disengajakan seperti terlanggar kereta lain.
Hasil kajian itu dibuat setelah seorang koroner, John Pollard, menggesa ibu bapa supaya menghentikan tabiat membenarkan permainan video yang biasa digunakan oleh golongan dewasa kepada anak-anak mereka.
Desakan itu dibuat ekoran kematian Callum Green, 14, dari Stockport, Kanada yang membunuh dirinya selepas bermain permainan video, Call of Duty yang memaparkan adegan ngeri iaitu tentera saling berbunuhan antara satu sama lain.

Ngeri
Callum dari Brinnington, Stockport, kerap bermain permainan itu dengan bapa tirinya, David White walaupun ia memaparkan adegan mengerikan tentera cuba untuk membunuh antara satu sama lain.
Selepas mendapati tingkah laku budak itu semakin teruk, ibunya bertindak mengurungnya sehinggalah dia ditemui tergantung di katilnya dengan tali leher sekolah menjerut lehernya.
John berpendapat, had umur perlu diletakkan pada pelbagai permainan komputer yang ada di pasaran sekarang.
“Saya sudah melihat bukti ada permainan komputer yang tidak sesuai.
“Perkara ini sangat penting. Remaja tidak boleh bermain atau mempunyai akses kepada bentuk permainan dewasa.
“Sekiranya ibu bapa membenarkan, mereka perlu memantau apa yang anak mereka pelajari daripada permainan video itu,” ujarnya.

PERMAINAN video ganas memberi kesan kepada psikologi pemain. - Gambar hiasan


Ibu Callum, Emma Green, mengakui dia mengetahui tentang saranan had umur permainan tersebut tetapi masih membenarkan anaknya itu bermain.
“Callum sudah berumur 14 tahun dan dia sangat matang. Kanak-kanak lain bermain permainan yang lebih teruk daripada itu.
“Saya membenarkannya bermain Call of Duty tetapi tidak permainan lain. Dia dibenarkan duduk di hadapan komputer selama beberapa jam sahaja.
“Adakah itu membuat saya menjadi seorang ibu atau bapa yang teruk?” ujarnya pada sesi inkues anaknya itu.
Callum pernah bertindak lari dari rumah selepas bertengkar dengan ibu bapanya apabila dia meminta kebenaran berulang kali untuk mempunyai anak bersama teman wanitanya yang berusia 13 tahun.
Pada hari sebelum kematiannya, Callum telah dikurung oleh ibu bapanya kerana dia pulang lewat dari rumah teman wanitanya. Pada sebelah petang pula, dia balik ke rumah dengan buku lali yang terseliuh dan bergaduh dengan adiknya.
Callum kemudian pergi ke bilik tidur untuk menggunakan komputernya, walaupun keluarganya percaya dia hanya melayari laman sosial Facebook dan YouTube.
“Adakah dia ada niat untuk membunuh dirinya atau hanya untuk memberi anda kejutan, kita tidak tahu,” jelas John.
Ibunya memberitahu, Callum tidak pernah memberikan sebarang petunjuk dia mahu membahayakan dirinya atau berasa tidak puas hati dengan keluarga. Dia juga tidak dibuli di sekolah.
Pada awal tahun ini, media massa melaporkan pelampau Kristian, Anders Behring Breivik yang membunuh 77 orang di Norway mendakwa dia telah bermain permainan video yang berunsur ganas bagi melatihnya melakukan serangan berdarah itu.
Di Perancis, pengganas Mohammed Merah juga bermain permainan video sebelum membunuh tiga askar dan empat orang awam termasuk tiga kanak-kanak di Toulouse pada Mac lalu.

Read more >>

Disable autorun untuk usb atau cd dvd drives di dalam windows XP




  1.  Click start menu and click on RUN.
  2. TaipGPEDIT.MSCdan tekan enter.
  3. Click kat Computer Configuration, kemudia click katadministrative templates
  4. Sekarang tekan katsystemdan anda akan lihat senaraidi bahagian kanan tetingkap.
  5. Cari Line No. 16. (Turn Off Auto play)
  6. Double click on it and on the resultant window click on “enable
  7. PilihAll Drive” to disable all drives.
  8. Click apply. Selesai


Read more >>

Menguji Keberkesanan Antivirus Anda Menggunakan Notepad




Notepad adalah perisian pemprosesan kata yang  selalu digunakan untuk menaip perkataan secara ringkas, Tetapi tahukan anda dengan notepad juga kita mampu membina pelbagai jenis application.  Kebiasaannya kita semua tidak peduli sangat tentang notepad yang ada di dalam setiap sistem windows sama ada XP, 7 dan lain2 lagi. Hari ini saya ingin mendedahkan kepada anda cara membina aplikasi dengan hanya menggunakan notepad. Anda boleh menggunakkan notepad anda untuk tujuan apa2 sahaja asalkan anda berasa selesa dengannya. Disini saya ingin menguji antivirus saya sama ada ia berkesan atau tidak dengan hanya mengunnakan notepad.



Pastikan status antivirus anda sekarang

Dengan menggunakkan notepad juga kita mampu menguji antivirus. Jika anda rasa antivirus anda sudah cukup power untuk mengesan sebarang virus. Mari kita menguji antivirus kita.
Pertama
  •  Open Notepad and taip code ini. seperti gambar dibawah
X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H* 
  • Sekarang save sebagai extension “exe” (seperti antivirus.exe) seperti gambar diatas
  • Double click file yang anda save tadi.  Jika antivirus software anda berjalan dengan baik ia akan mengesan file ini sebagai virus dan akan cuba memadam dengan segera.
  •  Jika antivirus anda tidak dapat mengesan ia sebagai virus ini bermakna antivirus anda perlu diupdate atau tukar kepada antivirus yang lain
 
  • Open antivirus anda dan scan. Contoh antivirus yang mengesan file tadi sebagai virus, lihat gambar dibawah

Read more >>

Notepad dan Kelebihannya


Notepad adalah perisian pemprosesan kata yang  selalu digunakan untuk menaip perkataan secara ringkas, Tetapi tahukan anda dengan notepad juga kita mampu membina pelbagai jenis application.  Kebiasaannya kita semua tidak peduli sangat tentang notepad yang ada di dalam setiap sistem windows sama ada XP, 7 dan lain2 lagi. Hari ini saya ingin mendedahkan kepada anda cara membina aplikasi dengan hanya menggunakan notepad. Anda boleh menggunakkan notepad anda untuk tujuan apa2 sahaja asalkan anda berasa selesa dengannya.

Antara aplikasi aplikasi yang boleh dibina dengan hanya menggunakan notepad
  • Extension .EXE
  • Extension .HTML
  • Exntension .VBS
  • Exntension .BAT 

Hari ini saya akan menunjukan cara bagaimana membina web page dengan hanya mengunnakan notepad. Web page yang berbentuk .HTML.

 Step By Step
  1. Open Notepad dan tulis code dibawah didalam notepad.
<html>
<head><title>Notepad </title>
</head>
<body>
<h1>Cubaan pertama<h1/>
</body>
</html>



   2.  Save dalam extension .HTML. Disini saya save mnggunakan nama notepad.html seperti gambar dibawah
     3.  Kemudian open file yang anda save tadi dan anda akan melihat file tadi akan muncul dalam bentuk web page. Lihat gambar di bawah


Notepad sebenarnya mempunya pelbagai fungsi yang kita tidak tahu. Notepad mampu menjadi editor program dalam beberapa bahasa pemograman seperti yang telah saya tulis diatas.










Read more >>

Popular Posts Blog IT Segment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan Bersama

Blogger tricks and toolz