Kepada Blogger IT, Teknologi atau Berkaitan Dunia Teknologi, Mari Bertukar Link Dengan Blog ini



Translate

Saturday, December 8, 2012

Ultar HD Professional



Sharp baru saja mengumumkan monitor LCD 32 inci ULTRA HD profesional dengan resolusi super, Sharp PN-K321 yang memiliki resolusi dua kali dari FULL HD iaitu 3840x2160px menggunakan IGZO dan EDGE-lit LED backlight.

Dengan teknologi Indium Gallium Zinc Oxid (IGZO), maka skrin ini menghasilkan daya lebih hemat daripada layar LCD di pasaran.


Malah dengan resolusi 4K dalam ukuran 32 inci, maka skrin ini memiliki kepadatan piksel yang tinggi dibanding monitor lain iaitu 138ppi.

Skrin monitor ini tergolong tipis hanya 3.5 mm sehingga boleh dikatakan adalah skrin 4K paling tipis di pasaran. Tingkat terang monitor ini 250cd/m2 dan mampu menampilkan 1 juta warna.

Selain itu ia memiliki sambungan HDMI, DisplayPort input dan RS-232C control port serta ada 2Wx2 speaker stereo.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MonitorLCDberteknologiIGZO/Article/index_html
Read more >>

Televisyen ultra HD


pix_gal0
Semua filem terbitan Sony Pictures akan diperbaharui dan dihidupkan sebagai kandungan pakej pemain video bersama televisyen definisi tinggi (HDTV) ultra pertama Sony.

Televisyen yang direka dengan saiz 84 inci itu buat masa ini ditawarkan pada harga RM76,062 atau kira-kira AS$25,000. Ia menawarkan resolusi empat kali ganda lebih tinggi berbanding televisyen HD biasa.

Ultra HD disifatkan sebagai evolusi seterusnya bagi teknologi televisyen, tetapi kini terdapat masalah kekurangan kandungan bagi memanfaatkan resolusi tinggi itu walau pun set ultra HD dilengkapi teknologi untuk meningkatkan video resolusi rendah.


Sony Corp berharap mengatasi jurang ini dengan pemain barunya. Gergasi elektronik Jepun menjadi syarikat pertama melancarkan pelayan cakera keras, yang tersembunyi dalam kabinet di bawah televisyen besar ini.

Kandungan 4K

Pemain video itu turut membabitkan kandungan 4K seperti filem pendek, konsert dan 10 filem cereka seperti The Other Guys, Salt dan The Bridge on the River Kwai.

Televisyen Sony itu turut didatangkan bersama Xperia Tablet S, yang boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh skrin sesentuh.
Industri elektronik menyifatkan panel paparan rata Ultra HD, sementara Sony menyifatkannya sebagai 4K kerana ia memaparkan hampir 4,000 pixel, berbanding dengan 1,080 pixels dalam set 1080p.

Sony ultra HD
− Direka dengan saiz 84 inci
− Ditawarkan pada harga RM76,062 atau kira-kira AS$25,000
− Xperia Tablet S boleh dijadikan alat kawalan jauh
− Memaparkan hampir 4,000 piksel, berbanding dengan 1,080 piksel dalam set 1080p

sumber:  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2012120907331420121209073314/Article/
Read more >>



Popular Posts Blog IT Segment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan Bersama

Blogger tricks and toolz