Kepada Blogger IT, Teknologi atau Berkaitan Dunia Teknologi, Mari Bertukar Link Dengan Blog ini



Translate

Showing posts with label Twitter. Show all posts
Showing posts with label Twitter. Show all posts

Friday, June 14, 2013

Facebook perkenal butang hashtag



NEW YORK 14 Jun - Facebook kelmarin memperkenalkan perkhidmatan baharu iaitu butang hashtag kepada penggunanya.



Penggunaan hashtag telah digunakan secara meluas di Twitter dan laman perkongsian gambar, Instagram sebagai cara pengguna mendapatkan lebih maklumat tentang sesuatu perbincangan atau mengikutinya.

Pengguna Facebook sendiri turut mula menggunakan simbol itu dalam komen serta status mereka, tetapi masih belum boleh menggunakannya sebagai alat carian.

Namun, Facebook telah menjadikannya kenyataan dan pengguna laman sosial itu kini boleh menambahkan simbol hashtag pada perkataan atau frasa ke dalam pos mereka dengan pengguna lain boleh menekannya serta menggunakannya sebagai terma carian.

Perkataan atau frasa yang diletakkan simbol hashtag akan dipaparkan bersama senarai pengguna lain di seluruh laman tersebut yang turut menggunakannya atau membincangkan isu sama.

Sebagai contoh, apabila pengguna Facebook menonton satu rancangan popular televisyen seperti The Apprentice, mereka boleh menambah '#theapprentice' di akhir pos mereka.

Pengguna lain yang turut menonton rancangan sama atau yang belum menontonnya tetapi berminat untuk mengetahui apa yang berlaku, boleh menekan hashtag tersebut.

Setakat ini, kira-kira 20 peratus pengguna Facebook boleh menggunakan perkhidmatan baharu itu dan dijangka kesemua penggunanya boleh menggunakan ciri-ciri tersebut dalam tempoh beberapa minggu lagi. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130615/lu_09/Facebook-perkenal-butang-hashtag#ixzz2WFbRQ7uA
Read more >>

Saturday, September 22, 2012

Software Register Email Maker dan Laman Sosial. Yahoo, google, Facebook, Twitter

  • Ini adalah Email Maker V2.0. keluaran terbaru. Software ini memudahkan sesiapa sahaja yang ingin mendaftar email dari berbagai negara dan juga mendaftar laman web rangkaian sosial dengan hanya click tanpa perlu menaip di mana search engine. Diantara negara yang tersenarai di dalam software ini ialah Yahoo russia, taiwan, itali, China, Jepun, India, Australia, Brazil, Hotmail, Gmail, dan Nokia.

Laman Sosial
  • Selain itu juga didalam software Email Maker V2.0 ini juga terdapat link untuk mendaftar beberapa rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Tagged,Orkut, Weibo, Friendster, Myspace, Plaxo, Salamlife dan Muslimup.

  • Disamping itu juga terdapat link internet speeder test.

  • Email Maker V2.0 ini adalah lanjutan dari email maker V1.0

  • Sila lihat link di bawah jika ingin melihat email maker V1.0
http://semangkukcawan.blogspot.com/2012/07/cara-daftar-email-dgn-mudah-menggunakan.html


Untuk download Sila klik pada gambar di bawah

 Download disini

Read more >>



Popular Posts Blog IT Segment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan Bersama

Blogger tricks and toolz