Kepada Blogger IT, Teknologi atau Berkaitan Dunia Teknologi, Mari Bertukar Link Dengan Blog ini



Translate

Showing posts with label laptop. Show all posts
Showing posts with label laptop. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Tiada lagi tablet, laptop pada masa depan

Baru-baru ini, pengeluar cip pemprosesan terbesar dunia, Intel Corporation (Intel) mengumumkan cip Intel Core generasi keempat berasaskan mikroarkitektur ‘Haswell’ yang menggunakan tek­nologi pembangunan 22 nanometer (nm) dan bakal dipasarkan tidak lama lagi kepada pengeluar komputer.
Menariknya, cip itu membawa kepada penghasilan baru komputer mudah alih dengan reka bentuk lebih nipis lagi menarik, ringan, sistem lebih selamat, operasi lebih pantas dengan kesepaduan grafik lebih bertenaga.
Di samping itu, ia dikategorikan sebagai pemproses yang kurang meng­gunakan tenaga untuk memacu pembangunan ultrabook hibrid yang lebih inovatif serta boleh diubah suai dengan prestasi yang dihasilkan mikroarkitektur Haswell.

Haswell diiktiraf antara cip mikroarkitektur terbaik yang pernah dikeluarkan Intel, namun kisah di sebalik pemba­ngunannya jauh lebih menakjubkan.
Foto
HASWELL sesuai untuk memproses data game pantas.

Dalam satu fakta yang tidak didedahkan sebelum ini, Haswell diba­ngunkan pasukan jurutera dari Malaysia dengan operasi pembikinannya dilakukan sepenuhnya di kilang Intel Pulau Pinang sambil dibantu pihak eksekutif Amerika Syarikat.

Pengurus Besar Kumpulan Arkitektur Intel, Christopher Kelly berkata, syarikatnya berbesar hati mengiktiraf bakat tempatan dalam membangunkan cip yang akan dipasarkan di seluruh dunia.

“Sudah lama jasa Intel berada di Pulau Pinang dan kami dapat mengesan bakat jurutera yang ada di negara ini,” katanya.

Sejumlah 60 jurutera tempatan mengambil bahagian dalam pembangunan Haswell yang dibangunkan 100 peratus di Pulau Pinang.

Malaysia sudah diiktiraf sebagai sebuah negara pe­ngeluar semikonduktor terkemuka di dunia. Malaysia juga diiktiraf sebagai salah sebuah negara yang berjaya menjalankan aktiviti pemasangan dan ujian dalam bidang litar bersepadu di samping sebagai pengeluar alat elektronik pengguna.

Jumlah eksport produk elektrik dan elektronik serta kejenteraan sentiasa berkembang dengan peningkatan peratusan tinggi setiap tahun.

Bagaimanapun, berasaskan perkembangan pesat dalam bidang tek­nologi elektronik dan mikroelektronik di peringkat antarabangsa, perkembangan memberangsangkan yang sedang dinikmati Malaysia sekarang tidak akan dapat dipertahankan jika tiada usaha lebih bersungguh-sungguh untuk memperluas dan mempelbagaikan asas industri elektronik dan mikroelektronik sedia ada.

Tindakan yang paling strategik ialah dengan mewujudkan kitaran teknologi yang lengkap untuk menghasilkan komponen asas yang digunakan di dalam aktiviti itu.

Ia berbeza dengan kaedah bidang elektronik dan mikroelektronik negara yang distrukturkan oleh aktiviti pemasangan, pe­ngujian dan aktiviti hiliran yang lain.

Industri pembuatan wafer misalnya bagi menghasilkan mikrocip akan memperkukuh dan memantapkan lagi sektor elektronik dan mikroelektronik negara, di samping mewujudkan peluang mempertingkatkan penguasaan teknologi ting­gi dalam kalangan saintis dan jurutera tempatan.

Ini sekali gus membolehkan mereka meneroka peluang baru yang lebih berpotensi dan bernilai tambah serta memba­ngunkan teknologi tempatan ke tahap yang lebih cemerlang dan setanding teknologi negara maju.

Sementara itu, Pe­ngarah Pemasaran Produk & Harga Intel Asia Pasifik, Leighton Philips memaklumkan, pemprosesan generasi keempat secara tidak langsung menawarkan cip yang lebih nipis disasarkan kepada tablet atau laptop hibrid.

“Ia bakal menjimatkan bateri sebanyak 50 peratus iaitu satu pencapaian paling ulung yang pernah diraih Intel sejak syarikat itu mencipta cip pemproses di samping pemampatan grafik Intel Iris yang menampilkan tahap prestasi grafik berlainan daripada versi sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata, dengan hanya menggunakan tenaga sebanyak enam watt, ia turut membolehkan pembaharuan menjadikan cip itu lebih nipis, ringan, sejuk dan paling menarik direka untuk binaan komputer peribadi (PC) tanpa kipas.

Cip yang diproses menggunakan teknologi 22nm itu mampu menawarkan tahap bateri minimum sembilan jam untuk penggunaan aktif atau 10 hingga 13 jam bagi kegunaan mod bersedia.

“Pada masa depan, tiada lagi kategori tablet atau laptop apabila pengguna sukar mengenal pasti produk yang diingini.

“Ini memandangkan tab­let dan laptop semuanya bakal menjadi satu kategori sama apabila tablet mempunyai papan kekunci manakala skrin laptop pula boleh ditanggalkan,” katanya.

Philips berkata, pengeluar peranti mula menghasil­kan produk dua dalam satu sebagai mesin masa depan perkomputeran kepada peng­guna.

“Melalui kajian kami, kita akan menyaksikan 100 peratus laptop mula mesra sentuh dalam tempoh lima tahun dari 2012 hinggalah 2017 manakala harga produk sentuh menjadi murah dari semasa ke semasa,” kata Philips.

Dari aspek penggunaan tenaga pula, jika Intel meng­gunakan tenaga sehingga 95W bagi penggunaan grafik dan perkomputeran tinggi lain, namun kini ia berjaya dikurangkan hingga 6W saja iaitu pencapaian yang tidak dibayangkan sebelum ini.

“Di bawah generasi baru cip ini, kepantasan CPU 35 peratus lebih baik berbanding versi terdahulu.

“Cip pemprosesan Intel baru akan beroperasi di bawah platform Haswell dan akan dimulakan dengan tetapan cip dalam ultrabook,” katanya.

Kali terakhir Intel memasarkan cip pemprosesnya ialah dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Pengurus Negara Intel Malaysia dan Singapura, Prakash Mallya berkata, daripada jumlah 3,000 jurutera syarikat itu di seluruh dunia, 30 peratus adalah rakyat Malaysia yang kebanyakannya bekerja di Pulau Pinang.

“Ia mengambil masa dan proses yang membabitkan kerjasama dengan syarikat induk di Amerika Syarikat,” katanya.

Haswell mencipta standard baru dari segi pengalaman perkomputeran mudah alih apabila platform pengurangan tenaganya adalah 20 kali lebih rendah berbanding pemproses generasi kedua yang diperkenalkan pada 2011.

Pengalaman baru yang dimaksudkan antara lain ialah penggunaan skrin peka sentuhan yang lebih berkesan, arahan bersuara, biometrik, keselamatan, arahan menggunakan pergerakan badan dan sebagainya.

Meskipun menggunakan tenaga lebih rendah, namun ia mampu memberi prestasi perkomputeran dan daya tindak balas jauh lebih tinggi, malah Intel turut merangka memperkenalkan lebih banyak barisan cip pemproses berasaskan mikroarkitektur sama serta lebih rendah menggunakan tenaga bermula tahun depan.

Intel menyasarkan tablet atau laptop hibrid sebagai peranti yang mampu bekerjasama dengan Haswell pada masa depan.

Cip sama turut membolehkan teknologi pe­ngenalan suara dan sentuhan serta dipadankan dengan cip yang menjimatkan bateri.

Haswell mampu menawarkan cip yang sensitif kepada pergerakan serta dipadankan dengan ciri pengenalan suara seperti yang biasa ditemui sekarang pada telefon pintar.

Pada masa sama, cip termaju berkenaan akan membolehkan peranti tahan lebih lama tanpa perlu dicas semula, sekali gus menzahirkan komitmen Intel bahawa sifat mudah alih peranti adalah faktor utama dalam dunia perkomputeran peribadi.
sumber http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiadalagitablet_laptoppadamasadepan//Article/index_html
Read more >>

Thursday, January 3, 2013

Remote Desktop





[Tutorial] Apa itu & Cara Menggunakan Remote Desktop

Remote desktop ialah aplikasi yang membolehkan anda memasuki komputer rakan anda dari dalam komputer anda melalui network. Maksudnya kita mempunyai rakan didalam office tetapi dia berada jauh dari meja anda. Rakan anda itu inginkan bantuan anda tetapi anda malas pergi ke meja rakan anda kerana jauh. Jadi anda hanya perlu menggunakkan Remote Destop untuk memasuki komputer rakan anda tersebut melalui komputer anda.

Tujuan anda menggunakan Remote Desktop adalah diantaranya :-

- membantu rakan anda dari jauh contohnya rakan anda tidak tahu uninstall software, makanya anda membantu uninstall software untuk rakan anda melalui komputer anda tanpa pergi ke komputer rakan anda.- Berkongsi bahan

Syarat - Syarat
- Komputer anda dan rakan anda mesti di dalam jaringan yang sama, maknanya dalam satu LAN
- Anda mesti membenarkan rakan anda meng akses komputer anda atau sebaliknya
- Anda mesti tahu IP Address komputer rakan anda contohnya "12.23.34.5" ataupun Username pc rakan anda.
- Komputer Anda haruslah bersedia untuk di akses seperti gambar di bawah ini
Right Click My Computer > Properties > Remote
gambar Setting untuk win 7



Langkah ..

- Double Click Ikon  Ini
- Atau Right click dan " Run As Administrator" untuk pengguna windows 7 dan 8"


- Kemudian Remote Desktop akan muncul dengan pantasnya.. Seperti gambar dibawah:-


- Masukkan IP Address dan Username komputer rakan anda
- Click Connect
- Pastikan Komputer Rakan anda mempunyai password. Jika komputer rakan anda tidak mempunyai password, anda tidak akan mampu untuk mengakses komputer rakan anda dari jauh disebabkan komputer rakan anda tiada password. Komputer yang anda ingin akses wajib ada password dan username.


Lain- Lain Remote Desktop software 
- Team Viewer
- Anyplace
-Ammyy Admin Dan lain2


- Semua diatas mampu untuk remote komputer dari internet kecuali remote desktop hanya untuk jaringan LAN sahaja.
- Yang paling penting Software Semangkuk remote diatas memanggil remote destop yang tersedia di dalam windows anda. itu sahaja hehehheh....



 

"
Selamat mencuba
"
Download Link:
http://www.4shared.com/zip/FA06LdYc/Secawan_Remote.html
Read more >>

Thursday, November 8, 2012

Lenovo umum nombor satu Dunia



Pengeluar komputer China, Lenovo Group mengumumkan ia muncul sebagai syarikat komputer peribadi (PC) dan komputer riba pengguna nombor satu dunia.

Kedudukan itu diraih apabila Lenovo melaporkan ia mencatat peningkatan 13 peratus untung bersih suku keduanya.
Keuntungan bersih bagi tiga bulan berakhir September meningkat kepada AS$$162.1 juta (RM496.12 juta) daripada AS$143.9 (RM440.7 juta) setahun sebelumnya, kata syarikat itu.


Pendapatannya menokok 11 peratus kepada AS$8.67 bilion (RM26.55 bilion) daripada AS$7.79 bilion (RM23.85 bilion) setahun sebelum itu.

“Lenovo menjadi syarikat PC pengguna nombor satu dunia pada suku kedua dan kekal sebagai syarikat PC terbesar dalam pasaran sedang muncul, termasuk China,” kata syarikat itu.

Penguasaan pasaran PC keseluruhan syarikat itu mencecah paras tertinggi 15.6 peratus pada suku Julai-September, katanya.

Ini meletakkannya hanya 0.2 peratus di belakang peneraju pasaran, Hewlett-Packard (HP).
Lenovo telah mengatasi prestasi pesaingnya seperti HP dan Dell yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Ia mencatatkan 10 peratus peningkatan jualan PC pada suku kedua lalu berbanding setahun sebelumnya di sebalik permintaan global yang rendah.

Jualan PC seluruh dunia menyusut apabila tabiat pengguna berubah dan lebih ramai yang akses internet menerusi telefon pintar dan tablet berbanding menggunakan PC dan komputer riba.

Kajian firma penyelidikan Gartner yang dikeluarkan bulan lalu mengunjurkan Lenovo menguasai 15.7 peratus pasaran keseluruhan PC, di depan HP dengan 15.5 peratus.

Gartner berkata Dell adalah pengeluar ketiga terbesar dengan 10.5 peratus penguasaan pasaran diikuti syarikat Taiwan, Acer dengan 9.8 peratus dan sebuah lagi firma Taiwan, Asus dengan 7.3 peratus.

Satu laporan berasingan menunjukkan jualan global PC sedang menunjukkan aliran penurunan buat kali pertama dalam 11 tahun.

Kajian oleh IHS iSuppli berkata pasaran keseluruhan PC pada 2012 dijangka menguncup 1.2 peratus kepada 348.7 juta unit, turun daripada 352.8 juta unit pada 2011.

Ia menjadi penurunan pertama sejak 2001, namun jualan sudah pun menunjukkan isyarat suram sejak dua tahun lalu.

IHS berkata peningkatan semula jualan yang kukuh masih boleh berlaku pada 2013, dengan penggunaan komputer Windows 8 serta komputer riba yang lebih nipis dan baru akan menjejak kenaikan itu.


Sumber http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lenovoumumnomborsatu/Article
Read more >>



Popular Posts Blog IT Segment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan Bersama

Blogger tricks and toolz