Kepada Blogger IT, Teknologi atau Berkaitan Dunia Teknologi, Mari Bertukar Link Dengan Blog ini



Translate

Showing posts with label android. Show all posts
Showing posts with label android. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

30 juta Galaxy S III dijual dalam tempoh lima bulan


KUALA LUMPUR 5 Nov. - Model Galaxy S III telah melepasi jualan global sebanyak 30 juta sejak diperkenalkan pada Mei dan terus menjadi kegemaran di kalangan pengguna, kata Samsung Electronics Co., Ltd.
Presiden dan Ketua Bahgaian IT dan Komunikasi Mudah Alihnya, JK Shin berkata, mencapai sejarah jualan ini dalam tempoh lima bulan mencatatkan satu lagi rekod untuk syarikat.
"Kami amat gembira dan akan meneruskan usaha ini dengan menyediakan pelanggan produk yang mereka gemari," kata beliau.



Model Galaxy S III menawarkan pemproses yang lebih berkuasa yang membolehkan pengguna menonton video dan menulis e-mel secara serentak, serta skrin luas HD Super AMOLED berukuran 4.8 inci.
Samsung telah menjual 56.3 juta telefon pintar, termasuk Galaxy S III pada Julai-September, mewakili 31.3 peratus daripada pasaran global. - BERNAMA
Read more >>

Monday, November 5, 2012

Galaxy Note 10.1



SYARIKAT penyedia telefon bimbit pintar, Samsung Malaysia Electronics (SME) melancarkan tablet terbarunya, Galaxy Note 10.1 yang menjadi kesinambungan kepada kejayaan kategori Galaxy Note baru-baru ini.

Menariknya model terbaru itu dilengkapi fungsi pen stylus (S Pen) yang direka khas untuk pengguna meningkatkan kreativiti dan produktiviti mereka.
Kelebihan Galaxy Note 10.1 tertumpu kepada pengguna dalam kalangan ahli perniagaan dan golongan akademik.



Menurut Pengarah Urusan SME, Kwon Jae Hoon, tablet terbaru dari Samsung itu direka khusus bagi memenuhi keperluan spesifik pengguna sekali gus menawarkan pengalaman unik selain mencipta kandungan yang lebih ekspresif.

"Galaxy Note 10.1 ini turut dilengkapi dengan kemudahan WiFi dan menggabungkan keupayaan serta ciri-ciri intuitif menerusi skrin pelbagai guna.

"Dengan skrin bersaiz 10.1 inci, pengguna kini boleh menggunakan dua aplikasi berbeza secara serentak dengan lebih mudah sama ada menonton video atau melayari Internet di samping membuat catatan atau melukis idea menggunakan S Pen di sebelahnya," katanya.



Fungsi S Pen adalah bagi melancar dan menyokong penggunaan aplikasi yang terdapat pada Galaxy Note 10.1 yang lain seperti S Note, S Planner, fizik Crayon, Adobe Photoshop Touch dan Polaris Office.
Galaxy Note 10.1 merupakan komputer tablet pertama Samsung yang menggunakan sistem operasi Android 4.0 dengan kekuatan pemprosesan 1.4 giga herz (GHz) Quad Core serta RAM sebesar dua giga bait (GB).
Selain itu, Samsung turut menetapkan aplikasi baru dalam peranti tersebut dengan memperkenalkan Hab Pembelajaran bagi membolehkan pengguna mengakses kandungan multimedia berasaskan pendidikan sesuai untuk pasaran negara ini.

Galaxy Note 10.1 kini telah berada di pasaran dengan harga RM2,199 dan untuk maklumat lanjut, layari www.samsung.com/my.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Megabait/20121022/me_01/Note-101#ixzz2A50s24mp

Read more >>

Thursday, November 1, 2012

Perang Tablet



LONDON 23 Okt. - Syarikat elektronik terkemuka Apple Inc. dilapor akan melancarkan satu lagi produk komputer tablet, iPad mini yang akan dijual pada harga serendah 200 pound (RM976).
 


Pelancaran produk terbaharu Apple itu, sekali gus dijangka memberi saingan kepada syarikat Amazon yang mengeluarkan tablet mini mampu milik, Kindle Fire yang berharga 129 pound (RM629).
Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook dilapor akan melancarkan iPad mini di San Jose, esok dan produk terbaharu itu dipercayai mempunyai skrin sebesar 7.8 inci, lebih kecil berbanding iPad asal yang berukuran 9.7 inci.
Penganalisis teknologi berkata, tablet itu menggunakan ciri-ciri yang terdapat pada produk telefon pintar iPhone dan turut dilengkapi fungsi rangkaian telefon pantar 4G yang sesuai digunakan di United Kingdom (UK).


Namun, penganalisis menganggap iPad mini masih mahal berbanding dua model tablet mini keluaran Amazon, Kindle Fire yang berharga 129 pound (RM629) dan model Kindle Fire HD yang dilengkapi dengan ciri-ciri definisi tinggi yang dijual pada harga 159 pound (RM776).
Editor laman web teknologi CNET UK, Jason Jenkins berkata, jika laporan tentang pelancaran iPad mini itu benar, tablet terbaharu Apple itu dijangka menyerupai dua model tablet sebelum ini iPad 2 dan iPad 3 yang kurang mendapat sambutan.
"Apple perlu bersaing hebat dengan produk Amazon untuk mendominasi pasaran komputer tablet di Eropah," katanya.
Amazon sebelum ini melancarkan tablet Kindle Fire yang mempunyai versi 7 inci dan 8.9 inci yang mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat (AS) dan model tablet yang lebih kecil itu, hari ini memasuki pasaran antarabangsa buat kali pertama.


Syarikat perisian Microsoft turut melancarkan komputer tablet, Surface, esok manakala Google dijangka memperkenalkan produk dan perisian terbaharu dalam tempoh terdekat.


Tinjauan oleh Pusat Kajian Pew mendapati lambakan komputer tablet yang lebih murah seperti Nexus keluaran Google dan Kindle Fire keluaran Amazon, berjaya melemahkan penguasaan produk Apple di pasaran. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121024/lu_05/Apple-lancar-iPad-mini#ixzz2AHz6dedp
Read more >>



Popular Posts Blog IT Segment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan Bersama

Blogger tricks and toolz