Kepada Blogger IT, Teknologi atau Berkaitan Dunia Teknologi, Mari Bertukar Link Dengan Blog ini



Translate

Thursday, November 8, 2012

Lenovo umum nombor satu Dunia



Pengeluar komputer China, Lenovo Group mengumumkan ia muncul sebagai syarikat komputer peribadi (PC) dan komputer riba pengguna nombor satu dunia.

Kedudukan itu diraih apabila Lenovo melaporkan ia mencatat peningkatan 13 peratus untung bersih suku keduanya.
Keuntungan bersih bagi tiga bulan berakhir September meningkat kepada AS$$162.1 juta (RM496.12 juta) daripada AS$143.9 (RM440.7 juta) setahun sebelumnya, kata syarikat itu.


Pendapatannya menokok 11 peratus kepada AS$8.67 bilion (RM26.55 bilion) daripada AS$7.79 bilion (RM23.85 bilion) setahun sebelum itu.

“Lenovo menjadi syarikat PC pengguna nombor satu dunia pada suku kedua dan kekal sebagai syarikat PC terbesar dalam pasaran sedang muncul, termasuk China,” kata syarikat itu.

Penguasaan pasaran PC keseluruhan syarikat itu mencecah paras tertinggi 15.6 peratus pada suku Julai-September, katanya.

Ini meletakkannya hanya 0.2 peratus di belakang peneraju pasaran, Hewlett-Packard (HP).
Lenovo telah mengatasi prestasi pesaingnya seperti HP dan Dell yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Ia mencatatkan 10 peratus peningkatan jualan PC pada suku kedua lalu berbanding setahun sebelumnya di sebalik permintaan global yang rendah.

Jualan PC seluruh dunia menyusut apabila tabiat pengguna berubah dan lebih ramai yang akses internet menerusi telefon pintar dan tablet berbanding menggunakan PC dan komputer riba.

Kajian firma penyelidikan Gartner yang dikeluarkan bulan lalu mengunjurkan Lenovo menguasai 15.7 peratus pasaran keseluruhan PC, di depan HP dengan 15.5 peratus.

Gartner berkata Dell adalah pengeluar ketiga terbesar dengan 10.5 peratus penguasaan pasaran diikuti syarikat Taiwan, Acer dengan 9.8 peratus dan sebuah lagi firma Taiwan, Asus dengan 7.3 peratus.

Satu laporan berasingan menunjukkan jualan global PC sedang menunjukkan aliran penurunan buat kali pertama dalam 11 tahun.

Kajian oleh IHS iSuppli berkata pasaran keseluruhan PC pada 2012 dijangka menguncup 1.2 peratus kepada 348.7 juta unit, turun daripada 352.8 juta unit pada 2011.

Ia menjadi penurunan pertama sejak 2001, namun jualan sudah pun menunjukkan isyarat suram sejak dua tahun lalu.

IHS berkata peningkatan semula jualan yang kukuh masih boleh berlaku pada 2013, dengan penggunaan komputer Windows 8 serta komputer riba yang lebih nipis dan baru akan menjejak kenaikan itu.


Sumber http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lenovoumumnomborsatu/Article

No comments:

Post a Comment

Popular Posts Blog IT Segment

Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan Bersama

Blogger tricks and toolz