Satu pertujuh penduduk dunia habiskan masa secara aktif di halaman sosial
NEW YORK: Rangkaian halaman sosial Facebook kini mempunyai 1 bilion pengguna yang menghabiskan masa secara aktif, kata Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg semalam. Angka berkenaan dicapai pada 14 September jam 12.45 tengah hari, dan bermakna kira-kira satu pertujuh daripada penduduk dunia kini adalah ahlinya.
Membantu satu bilion penduduk berhubung adalah menakjubkan, hebat dan setakat ini adalah perkara paling membanggakan dalam hidup saya," Mark Zuckerberg, Ketua Eksekutif Facebook Halaman sosial yang dicetuskan oleh Zuckerberg ketika beliau di Havard kira-kira sedekad lalu, kini menjadi tuan rumah kepada pelbagai jenis permainan di talian.
Zynga dan Electronic Arts pada masa ini tersenarai di dalam syarikat di bawah Facebook dengan nama The Ville dan The Sims Sosial manakala pembangun permainan Insomniac Games, baru-baru ini melancarkan permainan pertamanya, Outernauts.
Zuckerberg juga berkongsi beberapa perkara lain dalam Facebook. Berdasarkan data dari syarikat terbabit Facebook antara lain memiliki:
* 1.13 trilion ‘like’ sejak dilancarkan Februari 2009.
* 140.3 bilion hubungan rakan.
* 219 bilion gambar yang dimuatnaikkan (265 bilion jika gambar yang dipadamkan dikira)
* 17 bilion lokasi tag pos, termasuk daftar masuk (check-in)
* 62.6 juta lagu dimainkan sebanyak 22 bilion kali.
Maklumat lain mendedahkan umur pengguna utama Facebook adalah 22, menurun daripada 23 ketika Facebook mencecah 500 juta pengguna pada Julai 20010.
Sebagai tambahan pengguna yang masuk ke Facebook melalui alat mudah alih kini berjumlah 600 juta.
Secara keseluruhan ahli Facebook menjadi rakan antara satu sama lain sebanyak 140.3 bilion kali, mengirim sejumlah 1.13 trilion ‘like’, dan 219 bilion gambar, kata firma terbabit. - Agensi
Sumber Artikel
No comments:
Post a Comment